JADIKAN MEMBACA BUKAN LAGI SUATU PAKSAAN BAGI ANAK-ANAK.


Seiring dengan peredaran masa sekarang pasti ibu bapa akan berasa risau jika anak-anak berusia 7 tahun masih tidak mampu membaca. Untuk memupuk anak membaca sebenarnya perlu dari sejak mereka kecil lagi. Seawal usia nereka sudah mampu memegang sesuatu kita boleh mulakannya. Biasakan anak-anak melihat buku biarlah walaupun buku itu akhirnya di koyak sahaja. Tangan yang merenyuk buku juga meruapakan satu perkembangan motor yang bagus untuk anak-anak.

Walau bagaimanapun, ibu bapa usah risau terlampau kerana setiap anak-anak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Menurut teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner setiap manusia mempunyai lebih 9 (atau lebih) kecenderungan anak-anak. Kenali potensi mereka dan didik mereka ikut minat dan kelebihan mereka.

Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut : 

  1. Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. 
  2. Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. 
  3. Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja. 
  4. Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk.

 

Tips menarik anak minat membaca.

1.Sediakan ruang atau tempat yang selesa.

Kita boleh wujudkan di rumah ruang yang selesa untuk anak-anak membaca. Tidak salah rsanya kita korban sedikit ruang tamu rumah untuk di jadikan tempat anak-anak membaca dengan sediakan rak buku yang cantik dan menarik. Sekali sekali boleh juga di bawa anak-anak ke perpustakaan supaya anak-anak merasai suasana di perpustakaan.

2. Kenal pasti minat anak-anak.

Kenal pasti kecenderungan anak atau minat anak kita apa. Jika mereka lebih berminat dengan kartun atau watak-awatak animasi, kita belikan bahan bacaan yang menggunakan watak-watak kartun itu. Ini akan menjadikan anak-anak lebih gembira untuk membaca.

 

 

 

 

 

 

Contoh buku cerita yang menggunakan watak kartun popular Didi & Friends.

 

3. Baca buku bersama.

Semasa anak-anak membaca buku, kita luangkan masa membaca bersama-sama mereka. Minat anak-anak terhadap buku akan bertambah. Bacakan buku kegemaran mereka. Mulakan cara ini seawal mungkin di usia mereka. Tidak mustahil jika kita mulakan dari kecil, iaitu semasa mereka belum boleh bercakap lagi tetapi kesannya akan dapat dilihat apabila mereka sudah mampu bercakap, anak-anak ini mampu ceritakan kembali apa isi cerita yang kita ceritakan itu.

 

 

4. Tambah aktiviti.

Gabungkan aktiviti membaca dengan ulangkaji, membuat latihan atau permaianan. Ini akan menjadikan sesi membaca itu sesuatu yang menyeronokkan bukan lagi sesuatu paksaan dan perkara yang menakutkan anak-anak. Kita boleh cuba terapkan aktiviti bercerita dalam sesi membaca itu.

 

 

5. Jadi model.

Di sini kita perlu menjadi model kepada anak-anak dalam hal ini. Jika kita pun jarang membaca, balik rumah terus membuka televisyen, pegang telefon sudah tentu anak-anak pun akan buat perkara yang sama. Jadikan membaca sesuatu yang rutin, anak-anak juga akan selesa apabila kita meminta membaca buku nanti.

 

6. Hadiahkan anak-anak.

Cuba jadiakan buku sesuatu hadiah yang bermakna dan berharga buat anak-anak. Tukar kelaziman kita membeli barangan seperti kasut, mainan sempena hari jadi kepada buku. Biasanya kita akan berikan mainan dan juga jajan dalam ‘door gift’ sempena hari lahir kan. Kenapa kita tidak cuba tukar kelaziman itu kepada buku-buku. Banyak buku-buku yang mampu milik boleh dijadikan sebagai ‘door gift’.

 

 

 

 

 

 

 

Di antara notebook mampu milik yang sesuai dijadikan sebagai ‘door gift’.

 

"Anak-anak adalah amanah. Melentur buluh biar dari rebungnya. Kita jadikan diri kira sebagai role model buat anak-anak. Selamat mencuba."

BUKU BERKAITAN
  • Notebook Ummi
  • Notebook SuperSquad
  • Notebook Didi & Friends Chibi
  • Notebook Chichi & Chacha
  • buku cerita bergambar: mon ke sekolah & main dengan bingo. - AUGMENTED REALITY (AR)
Imprint