BUKAN SALAH TUHAN


Seorang lelaki datang ke kedai gunting untuk memotong rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus itu. Seperti biasa, tukang gunting rambut itu menyambut baik pelanggannya yang datang.

Apa yang menghairankan, lelaki itu tidak henti-henti mengomel dan berkeluh-kesah.

“Tuhan itu wujud ke? Kalau Tuhan wujud, kenapa dunia ini huru-hara? Sana sini ada pembunuhan? Ada bunuh bayi, buang bayi? Kalau Tuhan ada, kenapa dia tidak selesaikan semua masalah dan jadikan semuanya aman?” lelaki itu bertanya.

“Tuan nampak tak orang tua kat luar sana tu? Yang rambut dan janggutnya panjang. Adakah itu menunjukkan tiada tukang gunting di sini?” jawab tukang gunting itu.

“Bukan tiada tukang gunting. Rambut dan janggutnya panjang sebab dia tidak datang kepada tukang gunting untuk merapikannya,” balas lelaki tersebut.

“Begitulah dengan Allah. Dia ada. Segala kerosakan yang berlaku sebab manusia tidak mahu taat dengan perintah dan larangan Allah. Kita perlu menjadi hamba-Nya yang baik. Barulah keadaan dunia akan jadi aman,” terang si tukang gunting dengan tenang.

Pemuda tadi tergamam terdiam seribu bahasa. Contoh ringkas itu betul-betul menginsafkan dirinya. Allah sesekali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mahu mengubah diri mereka sendiri.

Things will change for you if you change.

Your life will get better if you get better.

BUKU BERKAITAN
  • Cup! Pinjam 5 Minit Boleh?
Imprint