Apa Fungsi Bulu Dada


Di lain hari di bulan November sebegini, Bini aku mulakan bicara.

“Abang, tadi anak kita yang darjah empat tu tanya, kenapa lelaki ada puting susu? Dan apa fungsi puting susu di dada lelaki? Saya

tak tahu nak jawab apa.”

Aku layan bicara bini:

“Patut awak tanya balik si anak, kenapa dada orang perempuan tak berbulu, dada orang lelaki sahaja yang berbulu?”

Bini aku angkat kening tak ada idea.

Sementara bini cari jawapan di internet, dan mengenangkan kita sekarang berada di zaman maklumat di dinding FB, aku pun ambil peluang untuk bertanya kepada Encik Google perihal:

“Kenapa lelaki ada putting susu, dan apa fungsi puting susu di dada lelaki?”

Jawapan secara ringkas.

Sebenarnya, semua manusia selepas Nabi adam, datang dari rahim wanita, maka bentuk pertama manusia adalah dalam bentuk ‘default chromosome’ atau ‘female blueprint’. Jadi untuk

beberapa minggu pertama embrio memang ada buah dada dan anggota peranakan yang cenderung pada perempuan, jika scan waktu ni, doktor cakap, baby yang dikandung adalah perempuan.

Sehinggalah takdir ALLAH berlaku yang mana selepas kira-kira 60 hari maka berlakulah kesepakatan hormon testosteron menolak hormon estrogen yang menyebabkan pertumbuhan buah zakar

dan kemaluan lelaki. Tetapi buah dada lelaki tetap ada dan tidak membesar sebab kurang kehadiran hormon estrogen (rujuk bab

kromosom X dan Y buku sekolah menengah anak korang-lain kali jangan ponteng kelas sains, he he).

 

Bini yang tak sabar, ulang tanya soalan:

“Abang, soalan tadi, berkenaan dada orang perempuan yang tak berbulu, dada orang lelaki sahaja yang berbulu, kenapa?”

Laju aku jawab:

Hah! Itulah fungsi bulu dada lelaki, nak tutup puting susu mereka.

Woha!

BUKU BERKAITAN
  • kisah anak bini
Imprint