KARANGKRAF RAI NORDEN, SRI DIAH


Bakti, jasa selama 34 dan 27 tahun perkhidmatan dihargai

 

Setiap individu yang berkhidmat dan berbakti kepada kita perlu dihargai dan diberi ganjaran,- kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf ), Datuk Hussamuddin Yaacub. Beliau berkata pendekatan ini sentiasa dijadikan panduan dan ingatan.


"Kita kena hargai mereka, itu pesan arwah ayah saya," katanya ketika berucap meraikan majlis perpisahan dua kakitangan senior Karangkraf iaitu Penasihat Grup Buku, Norden Mohamed dan Pengurus Besar R&D dan Projek Khas, Sri Diah Shaharuddin, semalam.


Katanya, beliau mempunyai momen suka dan duka bersama Sri Diah dan Norden yang masing-masing telah berkhidmat hampir 34 tahun dan 27 tahun di Karangkraf.


“Sayangnya saya pada Sri Diah ni. Dia umpama diplomat. Saya hantar dia pergi banyak tempat, tanpa sebarang alasan dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja dengan sempurna. Selain itu, dia juga banyak melahirkan anak didik.


“Norden pula saya klasifi kasikan sebagai individu yang banyak idea dan ideanya sentiasa baru dan segar. Kedatangan Norden ke syarikat ini adalah satu anugerah kerana dia buat macam-macam untuk menaikkan bahagian Grup buku dan Sinar Harian dan semuanya mendatangkan hasil,” katanya.


Menurutnya, Norden dan Sri Diah boleh dianggap bertaraf menteri di sini, kerana mereka bersama-sama menaikkan dan mengembangkan syarikat hingga ke tahap ini.


“Sebagai penghargaan di atas perkhidmatan mereka berdua selama puluhan tahun ini saya akan menggunakan nama mereka sebagai nama bilik mesyuarat,” katanya.


Sri Diah dan Norden diraikan dalam majlis perpisahan Legenda Hang Norden dan Srikandi Sri Diah bertemakan tradisional sambil disaksikan kakitangan lain.


Norden yang berbaju Melayu berwarna ungu lengkap bertanjak dan bersamping, manakala Sri Diah berkebaya biru diibaratkan seperti raja dan permaisuri di singgah sana.


Sementara itu, Sri Diah berkata, tempoh 34 tahun bukanlah tempoh yang lama, ia sebenarnya sangat singkat.


“Bagi saya tempoh 34 itu singkat sangat. Saya masih bertenaga untuk beberapa tahun lagi. Walaupun selepas ini bakti saya mungkin di tempat lain, saya tetap akan aktif dalam industri ini.


“Ini adalah passion saya. Saya berkhidmat di isi bukan disebabkan faktor gaji. Kalau saya bekerja kerana memikirkan soal gaji, sudah tentu 10 atau 15 tahun saya sudah tiada di sini.


“Sebelum ini saya menerima banyak tawaran untuk ke syarikat lain, tapi disebabkan passion saya kekal di sini,” katanya dalam ucapan perpisahan.


Menurutnya, dalam bekerja kita perlu sentiasa enjoy. Manakala, Norden yang juga bekas Ketua Pengarang Sinar Harian pula tidak menyangka kedatangannya berkesyarikat ini 27 tahun lepas mendapat perhatian Hussamuddin.


“Sebelum ini, saya telah bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan kerajaan.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada haji (Hussamuddin) kerana menerima saya sebagai kakitangan di sini," katanya.

Sumber : Sinar Harian

#legendahangnordinsrikandisridiah

 

 

BUKU BERKAITAN
    KALENDAR
    Imprint