KESERONOKAN MEMBACA SAMBIL BELAJAR BERSAMA DIDI AND FRIENDS


Buku cerita bergambar Didi & Friends adalah buku cerita eksklusif yang pertama menggunakan aplikasi 3D Augmented Reality (AR) di Malaysia!

Sehingga kini, buku cerita bergambar Didi & Friends mempunyai 10 buah buku. Buku ini berkonsepkan bahan bacaan interaktif. Sesuai dengan tagline: Baca, Belajar dan Bermain membolehkan pembaca membaca dan belajar sambil bermain dengan aplikasi AR.
 
Arahan ringkas disertakan di dalam buku. Pembaca hanya perlu memuat turun Aplikasi Didi & Friends PlayBook secara percuma di Play Store atau App Store.  
 
Buku ini menampilkan dua cerita di dalam satu buku. Terdapat logo untuk permainan interaktif 3D AR yang bersesuaian dengan setiap jalan cerita. Pembaca hanya perlu imbas sahaja muka surat tersebut untuk melihat paparan 3D AR.
 
Paling istimewa, jika peranti mudah alih pembaca berada dalam mode offline, aplikasi ini masih boleh digunakan. Aplikasi ini tidak memerlukan data internet untuk bermain.

Aplikasi Didi & Friends Playbook juga menawarkan pembelian buku cerita bergambar Didi & Friends secara online iaitu terus ke link Karangkraf Mall. Terdapat juga senarai cerita berserta sinopsis ringkas yang tertera pada aplikasi ini.
 
Buku ini berharga RM15.00. Boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran atau secara online di Karangkraf Mall. Klik LINK ini
 
Selamat membaca sambil bermain bersama-sama.

Kak Min.

 

 

BUKU BERKAITAN
  • buku cerita bergambar: mon ke sekolah & main dengan bingo. - AUGMENTED REALITY (AR)
  • buku cerita bergambar: hari sukan & lembu pak atan. - AUGMENTED REALITY (AR)
Imprint