MANDATORI, TOMBIRUO MENANG BESAR DI ANUGERAH TELENOVELA 2018


TELENOVELA adaptasi novel Mandatori, terbitan Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf) yang juga merupakan tulisan Ramlee Awang Murshid  mengungguli kategori terbaik pada malam Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Planary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.

Mandatori,  terbitan Astro & Ideate Media ini memenangi kategori Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik (Razaisyam Rashid), Pelakon Lelaki Terbaik (Aeril Zafrel), Pelakon Wanita Terbaik (Siti Saleha) dan Penulis Skrip Terbaik (Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shaimaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim).

Manakala untuk kategori filem, kemenangan sekali lagi berpihak kepada karya adaptasi terbitan Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf) menerusi novel tulisan Ramlee Awang Murshid,  Tombiruo: Penunggu Rimba.

Filem lakonan Zul Ariffin ini diangkat sebagai Filem Terbaik, selain turut memenangi kategori Pengarah Terbaik (Seth Larney), Penulis Skrip Filem Terbaik (Yasmin Yaacob & Choong Chi Ren) dan OST Terbaik (Ribut Hati).

Karya terbitan Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf) turut meraih kemenangan menerusi kategori Lagu Tema Telenovela Terbaik (Bahagia Kasihmu – Ippo Hafiz), Pelakon Wanita Filem Terbaik (Izara Aishah – Kau Yang Satu) dan Lakonan Sokongan Mantap (Zarynn Min – Gaduh Gaduh Sayang).

Dalam pada itu, pasangan suami isteri, Fattah Amin dan Nurfazura turut meraih kejayaan manis apabila masing-masing menggunguli kategori popular apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki dan Wanita Popular untuk kedua-dua kategori iaitu telenovela serta filem.

Manakala Emma Maembong pula mengulangi kejayaannya pada tahun lalu apabila dinobatkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik untuk kali kedua. Selain itu pelakon Awak Suka Saya Tak ini turut memenangi Anugerah Khas Juri untuk kategori Pelakon Serba Dinamik dan Komited.

Anugerah Telenovela 2018 merupakan pengiktirafan karya adaptasi yang bersumberkan daripada novel atau buku kepada skrin dan audio video di mana ia merangkumi siri drama televisyen, telefilem serta filem.

Menerusi penganjuran edisi ketiga ini, sebanyak 46 kategori telah dipertandingkan, di mana pemilihan pemenang dibuat berdasarkan penilaian juri profesional, selain beberapa kategori yang dibuka untuk undian peminat.

Acara malam kemuncak ini ini dihoskan oleh Cody Tan dan Natasha Chairmaine, selain segmen persembahan yang dijayakan oleh Asfan, Ippo Hafiz, Aman Aziz, Firman Hyper Act, Neera Azizi, Arill Fesol, Afif Tirmizie dan Liya Banks.

SENARAI PEMENANG

KATEGORI TERBAIK

Novel Terbaik: Perempuan Paling Bahagia (Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd)

Novel Adaptasi Terbaik: Dia (Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd)

Novelis Terbaik: Syamnuriezmir (Perempuan Paling Bahagia)

Penerbit Novel Terbaik: Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd

Telenovela Terbaik:  Mandatori (Astro/Ideate Media)

Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik: Aeril Zafrel (Mandatori)

Pelakon Wanita Telenovela Terbaik: Siti Saleha (Mandatori)

Pengarah Telenovela Terbaik: Razaisyam Rashid (Mandatori)

Penulis Skrip Telenovela Terbaik: Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shaimaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim (Mandatori)

Lagu Telenovela Terbaik: Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)

Filem Terbaik: Tombiruo - Penunggu Rimba

Pelakon Lelaki Filem Terbaik: Jalil Hamid (Bisik Pada Langit)

Pelakon Wanita Filem Terbaik: Izara Aishah (Kau Yang Satu)

Pengarah Filem Terbaik: Seth Larney (Tombiruo: Penunggu Rimba)

Penulis Skrip Filem Terbaik: Yasmin Yaacob & Choong Chi Ren (Tombiruo: Penunggu Rimba)

Lagu OST Filem Terbaik: Ribut Hati (Tombiruo: Penunggu Rimba)

Telefilem Terbaik: Srengenge

Pengarah Telefilem Terbaik: Mahuddin Ibrahim (Srengenge)

Penulis Skrip Telefilem Terbaik: Wan Mahani Wam Hassan (Srengenge)

KETEGORI POPULAR

Novel Popular: Wanita Terindah (Idea Kreatif Publication)

Telenovela Popular: Hero Seorang Cinderella (Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd)

Telefilem Filem Popular: Wanita Terindah (Astro & Red Films Sdn Bhd)

Pelakon Lelaki Telenovela Popular: Fattah Amin (Hero Seorang Cinderella)

Pelakon Wanita Telenovela Popular: Nur Fazura (Hero Seorang Cinderella)

Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular: Fattah Amin (Wanita Terindah)

Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular: Nur Fazura (Wanita Terindah)

ANUGERAH KHAS JURI

Ratu Telenovela Serba Dinamik: Emma Maembong

Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik: Nik Adam Mika (Suamiku Paling Sweet)

Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik: Mohd Ariff Abdullah (Jibam)

Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik: Zara Sophia (Kalbupun Berzikir)

Pelakon Veteran Filem Terbaik: Bohari Ibrahim (Jibam)

Lakonan Sokongan Mantap: Zarynn Min (Gaduh Gaduh Sayang)

Pelakon Serba Dinamik dan Komited: Emma Maembong

Pembangunan Ilmu Kreatif: Universiti Teknplogi Mara & Universiti Utara Malaysia

Stesen Penyiaran Telenovela Prolifik: Astro

Penerbit Telenovela Terbaik: Global Station Sdn Bhd

Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel Ke Telenovela: Rozie Rashid

Primadona Telenovela: Fauziah Ahmad Daud

Seniman Lagenda: Datuk Rahim Razali

Tokoh Seniman: Othman Hafsham

Tokoh Seniwati: Datuk Rosnani Jamil

Tokoh Industri Kreatif: Datuk Kamil Othman

Sumber : Sinar Harian

Drama Mandatori memenangi kategori  Telenovela Terbaik, Pengarah Terbaik (Razaisyam Rashid), Pelakon Lelaki Terbaik (Aeril Zafrel), Pelakon Wanita Terbaik (Siti Saleha) dan Penulis Skrip Terbaik (Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Fairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shaimaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim).

Izara Aishah memenangai kategori Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Kau Yang Satu.

Filem Tombiruo 'Penunggu Rimba' memenangi kategori Pengarah Filem Terbaik pada Anugerah Telenovela 2018.

BUKU BERKAITAN
  • Mandatori
  • tombiruo (Edisi Terhad)
  • Kau Yang Satu
KALENDAR
Imprint