Itulah pentingnya Edukesyen!


Baru-baru ini viral dengan kisah gadis kembar 7G yang hangat diperkatakan. Isunya antara kejayaan dan kekayaan. Kita baca apa pula pendapat Sofuan Saadon, penulis buku Dalam Bilik Darjah.

AKU dah banyak baca komen orang hari ini. Banyak yang ucap tahniah, tak kurang yang bagi nasihat kepada yang berjaya dan kurang bernasib baik. Beginilah, sebelum itu mungkin ada yang tak bersetuju dengan pandangan aku nanti. Tiada masalah. Korang juga mungkin ada pendapat korang sendiri. Kita sama-sama meraikan perbezaan pendapat.

Kalaulah aku pelajar yang dapat 5A dalam UPSR dan aku baca kebanyakan komen dalam facebook ini, aku pasti sedih. Bukan sedih sikit, banyak punya sedih. Kenapa perlu sedih? Mari kita lihat antara komen orang.

“Aku dulu tak ada A pun, hidup kaya juga sekarang.”

“5A pun tak guna. UPSR ni bukan ada apa pun.”

“Apalah sangat A tu. Tak penting pun untuk masa depan.”

Apa semua ini? Daripada semua respon ini, seolah-seolah yang kurang A, tak ada A atau gagal lebih mulia pula daripada yang banyak A ini. Tak salah untuk buat perbandingan berdasarkan pengalaman kita sendiri tetapi kenapa perlu sampai cuba menafikan hak mereka ini untuk bergembira. Kita tak pernah tahu pengorbanan mereka untuk dapat keputusan sebaik itu.

Kenapa tak komen macam ini pula.

“Kawan aku dulu tak ada A, sekarang dalam penjara sebab kes dadah.”

“Aku dulu gagal semua subjek. Sekarang mengemis kat kaki lima.”

Aku tak pernah nafikan. Memang ada yang gagal dalam pelajaran tapi berjaya dalam kehidupan. Lebih banyak yang gagal dalam pelajaran, gagal juga dalam kehidupan. Memang pendidikan bukan penentu tapi dengan pendidikan semuanya akan lebih mudah dan teratur. Percayalah…

Dapat 5A itu baik. Sangat baik. Mereka usaha dan layak untuk itu. Kenapa perlu berikan contoh yang tidak menyebelahi mereka sedangkan kejayaan dah mula terbentang di hadapan mata mereka? Contoh itu sesuai untuk pelajar sederhana dan lemah tapi komen-komen itu seolah-oleh tidak yakin dengan kemampuan yang terbaik ini pada masa depan.

Jangan patahkan semangat mereka untuk terus cemerlang dalam kehidupan kerana kata-kata kita. Dan jangan sampai ini jadi satu budaya!

“Tak belajar pandai pun tak apa. Bukan penting dan penentu kejayaan pun periksa ni.”

Jangan!

************

“Jangan hanya lihat dengan pandangan mata tetapi rasailah dengan hati.” - Sofuan Saadon

BUKU BERKAITAN
  • dalam bilik darjah
KALENDAR
Imprint