BIARKAN AKU HANYA MENJADI MUADZIN RASULLULAH SAHAJA


Selepas kewafatan baginda Rasullulah SAW, Bilal mengatakan bahawa dirinya tidak akan mengumandangkan lagi azan walaupun ketika Khalifah Abu Bakar memintanya menjadi muadzin kembali.

Dengan hati pilu dan sendu, Bilal berkata :

“Biarkan aku hanya menjadi muadzin Rasullulah sahaja. Rasullulah telah tiada, maka aku bukan muadzin siapa-siapa lagi.”

Kesedihan kewafatan Rasullulah terus menyendap di hati Bilal.

Dan kesedihan itu mendorongnya meninggalkan Madinah dan mengikut pasukan Fath Islamy menuju Syam dan kemudian tinggal di Homs, Syria.

Satu malam, Rasullulah hadir dalam mimpi Bilal dan menegurnya :

“Ya Bilal, mengapa engkau tak mengunjungiku. Mengapa sampai seperti ini?”

Bangkit dari tidur, segera Bilal mempersiapkan diri ke Madinah untuk menziarahi makam Rasullulah setelah sekian tahun dia tidak menjejakkan kami ke sana.

Setibanya di sana, Bilal melepaskan rasa rindunya kepada Rasullulah.

Kemudian, dia didekati oleh dua orang pemuda iaitu Hasan dan Husein yang merupakan cucu kepada Rasullulah SAW.

“Pakcik, bolehkah kau sekali lagi mengumandangkan azan untuk kami? Kami ingin mengenang datuk kami. ”

Ketika itu Umar Bin Khattab turut berada di situ dan menyaksikannya lalu dia juga memohon kepada Bilal untuk mengumandangkan azan meskipun untuk sekali sahaja.

Bilal akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan itu.

Saat waktu solat tiba, dia pun naik pada tempat yang menjadi kebiasaannya mengumandangkan azan sewaktu Rasullulah masih hidup lagi dan mengumandangkan azan.

Saat ‘ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR’ di lafazkan olehnya, seluruh Madinah menjadi senyap dan segala aktiviti yang dijalankan terhenti. Penduduk di situ terkejut kerana suara yang telah lama hilang kini kembali dan mengingatkan mereka pada Rasullulah SAW yang sangat mereka rindukan.

Saat lafaz ‘ASYHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH’ kedengaran, seluruh penduduk Kota Madinah berlari ke arah semua tersebut termasuk para gadis.

Dan saat Bilal mengalunkan ‘ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULLULAH’, maka jatuhlah semua air mata tangisan dan ratapan yang sangat memilukan kerana sebuah kerinduan.

Semua menangis mengenang saat-saat indah bersama Rasullulah. Umar bin Khattab merupakan insan yang paling sedih dan tidak mampu menahan tangisan.

Bahkan Bilal sendiri tidak mampu untuk meneruskan azan. Lidahnya bagaikan tersekat kerana tidak mampu menahan sendu dan tangisan.

Pada hari tersebut, Kota Madinah mengenang saat bersama Rasullulah sewaktu baginda masih hidup.

Itulah hari pertama dan terakhir Bilal mengumandangkan azan setelah Rasullulah wafat.

Video 'Suara Azan Paling Merdu'

Sumber : Watleks Media

KALENDAR
Imprint