KISAH SERAM Rambut dan gigi anak patung lama ini tumbuh seperti manusia


RAMBUT Okiku atau 'Anak Patung Berhantu di Hokkaido' yang terletak di sebuah kuil di Iwamizawa, Jepun didakwa tumbuh seperti rambut manusia.

Ia juga dikatakan mempunyai semangat seorang budak perempuan.

Terdapat banyak cerita legenda mengenai Okiku, tetapi yang paling popular adalah kisah anak patung Jepun tradisional itu dibeli oleh Eikichi Suzuki,  seorang budak lelaki berumur 17 tahun dari Hokkaido, yang membelinya untuk adik perempuannya pada tahun 1918.

Budak perempuan itu, Kikuko yang berusia tiga tahun ketika itu, dikatakan sangat menyukai anak patung tersebut, membawanya ke mana sahaja dia pergi dan tidur dengannya setiap malam.

Tetapi, selepas Kikuko meninggal dunia ketika dia masih kecil, keadaan berubah menjadi aneh dan menyeramkan.

Keluarga Kikuko telah menyimpan anak patung itu di sebuah kuil kecil sebagai tanda mengenangnya. Mereka juga menamakannya sebagai 'Okiku' selepas anak perempuan mereka meninggal dunia dan mula berdoa untuknya.

Pada satu ketika, mereka melihat sesuatu yang sangat luar biasa!

Rambut anak patung ini tumbuh dan menjadi lebih panjang. Mereka menganggap keadaan ini menunjukkan anak patung itu mempunyai semangat Kikuko.

Pada tahun 1938, keluarga Kikuko memutuskan untuk berpindah dari Hokkaido dan bersetuju untuk anak patung itu kekal di pulau tersebut.

Jadi mereka meletakkan kepercayaan kepada sami-sami di Kuil Mannenji dan berkongsi rahsia menyeramkan itu dengan mereka.

Sejak itu Okiku kekal di kuil berkenaan dan orang ramai sering datang ke situ untuk melihat rambut yang dikatakan tumbuh pada patung itu, tetapi mereka tidak dibenarkan mengambil gambar.

Kini, Okiku mempunyai rambut panjang sehingga paras lutut. Ia mungkin lebih panjang, tetapi para sami sentiasa memotongnya dari semasa ke semasa.

Sebenarnya, bertindak seperti itu sangat membahayakan tetapi Grape melaporkan salah seorang sami mula melakukannya selepas bermimpi Okiku sendiri meminta rambutnya dipotong.

Sehingga kini tiada siapa dapat menjelaskan mengapa rambut anak patung itu terus tumbuh.

Sesetengah sumber mendakwa, pemeriksaan saintifik terhadap anak patung itu menunjukkan bahawa rambutnya adalah rambut manusia.

Malah ada yang mendakwa jika anda berada cukup dekat dengan Okiku dan melihat mulutnya yang separuh ternganga, anda dapat melihat giginya juga tumbuh seperti manusia.

Cerita Okiku telah menjadi ilham untuk penulisan novel, filem dan drama tradisional, yang mana unsur-unsur lebih menyeramkan ditambah.

Jadi jika anda berada di pulau Hokkaido, Jepun dan ingin melihat anak patung berhantu itu sendiri, pergilah ke Kuil Mannenji untuk bertemu Okiku, anak patung berhantu yang terkenal di Hokkaido.

***
Kisah ini sama seperti yang ada di dalam buku Setapak Dalam Gelap yang mempunyai himpunan kisah-kisah paranormal, horror, thriller anda. Bersedia untuk berasa seram, jijik, sedih dan tersenyum. Ikuti kisahnya….

Miku

“Miku, ermm… kau boleh tolong jagakan untuk aku patung ni?” rayu Juwita sambil menghulurkan sebuah patung comel berambut turqoise. Miku mengambilnya sambil tersenyum lebar.

“Wah, patung Idora! Mahal benda ni. Tapi kenapa kau minta aku jagakan pulak?”

“Minggu depan saudara aku datang menumpang rumah. Kau tahulah budak-budak kecik ni. Aku tak nak patung ni rosak.”

Miku menepuk bahu Juwita. Dia mengangguk-angguk. “Aku akan jaga patung ni sebaiknya.”

Balik ke rumah, dia tidak sabar lagi untuk bermain dengan patung ini. Ini adalah patung pintar yang mampu bercakap dan membalas soalan yang diberikan oleh tuannya asalkan soalan itu kena dengan apa yang telah diprogramkan.

“Mana pulak on button ni?” Miku mencari butang menghidupkan patung Idora yang dipegangnya. Dia tersenyum setelah jumpa lantas dia menekan butang.

“Saya Idora. Kamu?”

Miku melompat riang atas katil.

“Miku! Miku!”

“Saya Idora. Kamu?”

Miku garu kepala. Aih, tak dengar ke?

“Mikuuu...” Miku menjawab lagi.

“Saya Idora. Kamu?”

“Emm…rosak ke? Fatimah Ariani.” Kali ini Miku menyebut nama betulnya. Miku ialah panggilan yang diberikan oleh rakan-rakannya kerana kegemarannya mendengar lagu-lagu penyanyi vocaloid yang terkenal, Hatsune Miku.

“Apa khabar Fatimah?” Miku memuncungkan bibirnya. Nama betul baru nak dengar ye. Tak guna punya patung.

“Idora umur berapa?”

“Hihihi! Umur Idora 12 tahun. Fatimah pula berapa? Mesti tua.”

Wah! Kagum Miku dengan jawapan yang diberikan patung ini. Patutlah dikatakan patung pintar.

“Mana ada tualah. Umur tua setahun je.”

“Jadi umur Fatimah 13 tahun?”

“Haa… ye, ye.”

“Fatimah suka duduk dalam bilik bersepah, ye? Fatimah mesti pengotor.” Miku terkejut. Dia tengok sekeliling. Memang agak bersepah. Patung ni dah macam terlebih pintarlah pula. Adakah programmer dia memang program patung ni sebegini sarkastik? Untuk tujuan menghiburkan tuan dia kot?

“Mana adalah. Bersepah sikit je.”

“Mana ada? Tu sampah kat sana tak dibuang lagi. Pengotor.” Miku meletakkan Idora. Lain macam pula patung ni. Dia bangun dari katil, berjalan menuju ke meja belajar.

“Pergi mana?”

“Nak pergi telefon kawan jap.”

“Saya bukan kawan?” Miku tak layan sebaliknya dia mendail nombor telefon Juwita. Dalam menunggu panggilannya disahut, dia duduk di atas kerusi berhadapan dengan meja belajar. Pandangannya menghala ke dinding. Tangannya sibuk mencungkil kertas yang tertampal pada dinding.

[“Hello? Haa…kenapa Miku?”]

“Aku nak cakap pasal apa patung kau ni bijak sangat? Memang macam ni ke?”

[“Hah? Apa? Kau ni biar betul Miku.”]

“Apa yang biar betul?”

[“Bateri patung tu aku dah cabutkan. Ke kau dah letak bateri?”]

Terdiam Miku bila mendengar jawapan Juwita.

“Hahaha!”

Miku tersentak mendengar ketawa daripada Idora, peluh dingin mengalir dari dahi ke pipi. Dia toleh kepala perlahan-lahan.

Patung tu hilang! Patung tak ada atas katil. Celaka! Fikir Miku. Dia tak tahu apa nasib akan terjadi pada dirinya kelak.

Karya Ocik Baim

Setapak Dalam Gelap

 

 

BUKU BERKAITAN
  • setapak dalam gelap
KALENDAR
Imprint