FIQH SUNNAH, RUJUKAN PERTAMA BERDASARKAN MAZHAB AL-IMAM AL-SYAFIE


Assalamualaikum semua. Semoga semua berada dalam rahmat Allah Swt hendaknya. Bagaimana dengan hari pertama puasa? Mudah-mudahan semuanya baik-baik sahaja, ya.

Alhamdulillah, tahun ini kita masih dikurniakan nikmat untuk bertemu lagi dengan 1 Ramadan. Bagaimana dengan persediaan untuk hari yang seterusnya? Semoga Ramadan kita tahun ini menjadi sebaik-baik Ramadan berbanding tahun lalu dan tidak menyambut Ramdan hanya kerana meraikan tradisi sahaja.

Jangan kita persiakan nikmat ini dengan melakukan perkara yang sia-sia sebaliknya berusahalah mengisi setiap ruang dan waktu yang diberi dengan perkara yang bermanfaat. Misalnya, melakukan tadarus, usrah, membaca al-Quran dan juga menghadiri kuliah andai berkesempatan.

Membaca bahan penulisan juga boleh menjadi salah satu perkara berfaedah yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan ini. Antara buku yang Editor cadangkan ialah Fiqh Sunnah Berdasarkan Mazhab Al- Imam Syafie. Boleh klik pautan di bawah untuk melihat kelebihan kitab ini.

https://www.karangkrafmall.com/fiqh-sunnah.html

 

Kitab ini boleh memberi inspirasi kepada kita untuk membentuk diri dan keluarga menjadi hamba yang Allah redha di sepanjang waktu dalam kehidupan.

 

Menariknya kitab ini dikupas berdasarkan isu semasa yang sering diperbahaskan, serta menggunakan ayat yang mudah difahami oleh semua lapisan pembaca.

 

Setiap kupasan pula disertai dengan dalil dan bukti-bukti daripada firman Allah dan sabda rasul demi mensahihkan setiap isu yang diperbincangkan.

 

Lebih menyeronokkan andai setiap rumah memiliki kitab ini dan ia dijadikan rujukan sepanjang zaman.

 

Mudah-mudahan, kita semua dapat melalui Ramadan kali ini dengan penuh hikmah dan barokah.

 

“Ya Allah, Selamatkanlah aku ke bulan Ramadan dan selamatkan Ramadan bagiku, dan terimalah Ramadan itu dariku.”

 

 

 

 

BUKU BERKAITAN
    KALENDAR
    Imprint