23 ADAB PENTING DALAM BERSAHABAT


  1. Melebihkan sahabat berbanding diri sendiri dari segi material. Jangan terlalu bakhil.

  2. Membantu sahabat dari segi keperluannya dengan segera tanpa dia meminta tolong.

  3. Menyembunyikan segala rahsia sahabat.

  4. Menutup semua keaiban sahabat.

  5. Apabila mendengar seseorang mencela sahabatnya, jangan disampaikan celaan itu kepada sahabatnya.

  6. Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabat, dia mengelak daripada mendengarnya.

  7. Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyenangkannya, hendaklah disampaikan khabar itu kepada sahabatnya.

  8. Apabila sahabat berucap, hendaklah kita bersungguh-sungguh mendengarnya.

  9. Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabat.

  10. Memanggil sahabat dengan nama yang disukai, bukan gelaran yang buruk.

  11. Apabila melihat sahabatnya membuat kebajikan, hendaklah dia bersyukur di atas perbuatannya.

  12. Menegah seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana dia menegah seseorang mencelanya.

  13. Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut, bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.

  14. Memaafkan segala kesilapan sahabat, bukan memerli atau menempelak.

  15. Mendoakan sahabat di dalam solat semasa hidup dan matinya.

  16. Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabat selepas sahabat meninggal dunia.

  17. Jangan membebani sahabat dengan permasalahannya supaya tenang hatinya.

  18. Menzahirkan kegembiraan disebabkan nikmat yang diperolehi sahabat.

  19. Menzahirkan kedukaan disebabkan kesusahan yang menimpa sahabat.

  20. Hendaklah kita memulai salam ketika bertemu dengan sahabat.

  21. Apabila sahabat datang ke suatu majlis, hendaklah diberi ruang duduk untuknya. Jika tiada ruang, hendaklah kita berpindah ke tempat lain bagi memberi ruang untuknya.

  22. Apabila sahabat mahu pulang, hendaklah kita menurutinya hingga ke muka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.

  23. Apabila sahabat berkata-kata, hendaklah kita mendengar segala perkataannya sehingga selesai. Kemudian barulah kita memulakan pula percakapan dan jangan sesekali mencelah perkataan sahabat.

RUJUKAN: Kitab Bidayatul Hidayah (Imam Ghazali)

BUKU BERKAITAN
  • Kenapa Rezeki Tak Murah
KALENDAR
Imprint