Kek 5 Bahan


MUDAHNYA BUAT KEK

" Anak-anak saya suka sangat makan kek. Tambah-tambah lagi kek yang simple, yang tidak banyak dengan hiasan krim mahupun hiasan coklat. Kalau beli dekat kedai bakery pastinya kebanyakkan menjual kek yang sarat dengan hiasan krim. Tambahan dengan harga juga agak mahal. Untuk memuaskan selera anak-anak yang suka sangat makan kek, jadi saya ingin menghasilkan sendiri kek yang sesuai dengan selera anak-anak".

Bermulalah saya mencari pelbagai buku resipi kek. Dalam-dalam banyak buku resipi kek yang saya cari, saya tertarik dengan buku resipi karya Chef Suwarsi M. Arukin iaitu Kek 5 Bahan. Saya terfikir, boleh ke dengan menggunakan 5 bahan sahaja dapat menghasilkan kek yang sedap dan enak? Tak apa, saya boleh cuba dulu, dengan harga buku RM26.00 sahaja, saya dengan semangat berkobar-kobar terus mula mencari resipi yang sesuai di dalam buku tersebut.

Saya memilih untuk membuat kek pandan. Bahan-bahan yang digunakan memang hanya 5 bahan sahaja. Iaitu tepung naik sendiri, mentega, telur, gula perang dan esen pandan. Saya ikuti semua langkah yang diberi. Setelah semuanya siap dibancuh, saya masukkan di dalam loyang kek dan terus membakar kek tersebut. Selepas 45minit membakar kek dikeluarkan dan disejukkan sebentar. 

Kemudian saya hidangkan untuk anak-anak minum petang. Wah! nampaknya mereka suka kek yang saya masak dan keknya sememangnya gebu dan sedap. Rasanya sangat sedap. Sangat berbaloi membeli buku resipi kek 5 bahan. Di dalam buku tersebut ada 40 resipi pelbagai kek yang boleh dihasilkan untuk keluarga. Bahan-bahan resipi yang digunakan juga sangat mudah dan senang didapati. Jadi bagi yang ingin belajar membuat kek ataupun boleh juga menambah pendapatan sampingan, segera dapatkan buku resipi ini. Lima bintang saya bagi untuk buku ini.

BUKU BERKAITAN
  • Kek 5 Bahan
KALENDAR
Imprint