LA TAGHDHOB


Islam sebenarnya tidak lupa untuk memberikan garis panduan kepada kita tentang cara-cara untuk mengatasi kemarahan. Perkara ini juga sangat membantu kita untuk meredakan kemarahan yang ada khususnya dalam perhubungan suami isteri. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Menerima kemarahan itu sebagai suatu kebaikan. Contohnya jika kita dimarahi atas sebab kesalahan yang kita lakukan, inilah peluang untuk kita perbaiki kembali tingkah laku dan perbuatan ke arah yang lebih baik.
  • Mohon perlindungan dan keampunan daripada ALLAH SWT dengan memperbanyakkan istighfar. Moga dapat meredakan kemarahan yang membuak-buak dalam hati.
  • Mendiamkan diri, melakukan perkara lain atau beredar dari tempat kejadian. Ini dapat dipraktikkan sewaktu kita sedang memarahi pasangan. Setidak-tidaknya kita akan melupakan kemarahan sedikit demi sedikit.
  • Menyucikan diri sama ada mandi atau berwuduk. Lebih baik setelah itu kita menunaikan solat sunat kerana kita dapat memberikan fokus kepada solat, bukannya terhadap kemarahan.

Perkara yang perlu dielakkan sewaktu marah:

  • Marah yang tidak melampaui batas.
  • Tidak menggunakan kata-kata kesat, menyakitkan hati dan menghina.
  • Tidak memarahi pasangan atau anak-anak di hadapan orang lain.
  • Jangan terlalu lama memendam kemarahan. Bersegeralah memberikan kemaafan kerana ia membuatkan diri lebih tenang.
BUKU BERKAITAN
    KALENDAR
    Imprint