KAU YANG SATU

Kau Yang Satu merupakan sebuah filem romantik yang diarahkan oleh Osman Ali dan dibintangi oleh Izara Aishah, Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Soo Wincci dan Amyra Rosli. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 27 Julai 2017. Filem ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Nia Azalea.

SINOPSIS :

Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.

Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri. Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.

PENGARAH

:

Osman Ali

PENERBIT

:

Tayangan Unggul

PENULIS NOVEL

:

Nia Azalea

TARIKH TAYANGAN

:

27 Julai 2017

SYARIKAT PRODUKSI

:

Astro Shaw
Global Station Sdn. Bhd.
Nuansa Sdn Bhd

TEMPOH TAYANGAN

:

135 Minit

PELAKON

:

Izara Aishah sebagai Salina / Aaron Aziz sebagai Taufik / Hisyam Hamid sebagai Zulkifli / Soo Wincci sebagai Isabella / Amyra Rosli sebagai Normah / Zaidi Omar sebagai Datuk Mustaza / Wan Hanafi Su sebagai Sulaiman / Rosnah Johari

LAGU TEMA/OST

:

Kau Yang Satu - Indah Ruhaila

BUKU BERKAITAN
  • Kau Yang Satu
KALENDAR
Imprint