ADAM DAN HAWA

Drama bersiri adaptasi dari novel  Adam dan Hawa  karya penulis Aisya Sofea telah ditayangkan pada 27 Ogos 2012 di Astro Mustika HD (134). Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani telah menjadi fenomena di Malaysia.

SINOPSIS : Drama Adam dan Hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan djchef berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Sambungan sinopsis drama adam hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

JUMLAH EPISOD

:

80 episod

TARIKH TAYANGAN

:

27 Ogos 2012

WAKTU SIARAN

:

Isnin - Khamis; 10 Malam

SIARAN TV

:

Astro Mustika

PENULIS NOVEL

:

Aisya Sofea

PENGARAH

:

Mohd Feroz Abdul Kader

TERBITAN

:

 

PELAKON

:

Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz / Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani/ Elfaeza Ul Haq / Dazrin Kamarudin / Shakila / Putri Sara / Anzalna Nasir / Norman Hakim / Rozie Rashid / Amyza Aznan / Lidyawati / Fazilah Mansor / Aznah Hamid

LAGU TEMA/OST

:

Muara Hati - Hafiz AF dan Dato Siti Nurhaliza

BUKU BERKAITAN
  • adam & hawa
KALENDAR
Imprint