TOWNMALL

Filem seram pertama yang di adaptasi dari novel terbitan Buku Prima berjudul TownMall. Filem yang diilhamkan dari karya Hasrudi Jawawi ini telah di arahkan oleh Ahmad Idham dengan dibarisi oleh pelakon ternama seperti Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Bakal menemui anda pada tahun 2019.

SINOPSIS :

Bangunan terbengkalai itu punya misteri tersendiri. Desas-desus mengatakan, projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu, menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan.

Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan yang terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban.

Mampukah projek itu disiapkan dengan sempurna tanpa ada masalah? Adakah gangguan makhluk halus yang mengganggu sebelum ini benar-benar sudah tiada? Apakah hal yang berlaku 10 tahun lalu tidak akan berulang kembali?

BUKU BERKAITAN
  • town mall
KALENDAR
Imprint