TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya atas kematian isteri tercinta, Salina. Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin ialah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

PENGARAH

:

Nasir Jani & Seth Larney

PENERBIT

:

Layar Sunan & Ideate Media

PENULIS NOVEL

:

Ramlee Awang Murshid

TARIKH TAYANGAN

:

12 Oktober2017

SYARIKAT PRODUKSI

:

Astro Shaw
Grup Buku Karangkraf
Layar Sunan
Ideate Media
AMC Studio
IDW Entertainment

TEMPOH TAYANGAN

:

115 Minit

PELAKON

:

Zul Ariffin sebagai Ejim / Farid Kamil sebagai Amiruddin / Nabila Huda sebagai Wan Suraya / Faizal Hussein sebagai Pondolou/Farah Ahmad sebagai Monsiroi / Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham /Datin Marlia Musa sebagai Bonda / Hasnul Rahmat sebagai Juslan /Faye Kusairi sebagai Salina / Atu Zero sebagai Pemandu / Michael Chen sebagai Wong / Rayyan sebagai Ejim (sebagai anak) /Aiman Kamal sebagai Faizal / Dynas Mokhtar sebagai Baizura / Azlym Aziz sebagai Tawarid

LAGU TEMA/OST

:

Ribut Hati - Aina Abdul

BUKU BERKAITAN
  • tombiruo (Edisi Terhad)
KALENDAR
Imprint