Terhangat di Grup Buku
Karnival Karangkraf 2016
26/02/2016 - 28/02/2016
Jualan Gudang 2014
31/10/2014 - 02/11/2014
Lets Tour De Library
25/09/2014 - 25/09/2014
Pesta Buku Selangor 2014
29/08/2014 - 08/09/2014
Lets Tour De Library
27/08/2014 - 20/11/2014

Latar Belakang Karya Bestari

SEJARAH KARYA BESTARI

Sejak beroperasi pada tahun 1978, Karya Bestari aktif menerbitkan buku-buku akademik. Bagaimanapun, berikutan dengan pulangan yang lebih memberangsangkan bagi pasaran majalah dan akhbar, pengurusan syarikat mula memberi tumpuan terhadap kedua-dua penerbitan tersebut malalui penubuhan Kumpulan Karangkraf.

Kesannya, penerbitan buku menjadi aktiviti sampingan dan karya Bestari hanya berperanan menerbitkan buku skala yang kecil. Malah, entitinya juga dikecilkan dan dikenali sebagai Bahagian Buku di Kumpulan Karangkraf

Segala-galanya berubah pada pengunjung 90-an, apabila pihak pengurusan mengatur semula hala tuju syarikat. Bagi menyambut minat masyarakat ke arah bahan-bahan baaan dalam bentuk buku, maka karya Bestari diaktifkan kembali.

Entiti fizikalnya juga dipisahkan dari syarikat induk. Maka Karya Bestari mula menerbitkan kitab-kitab rumi berkaitan agama. Menjelang tahun kesepuluh, karya Bestari mula menghasilkan penerbitan yang lebih sahih daripada sudut isi dan kupasannya.

Kita-kitab terjemahan dan persoalan-persoalan semasa dibicara serta dikupas dengan lebih mendalam. Kesemyua hujah dan penghuraian dibentang dengan bersandarkan kepada rujukan-rujukan daripada al-Quran, hadis dan kitab-kitab muktabar agar khalayak pembaca memperoleh ilmu yang murni.

Kewujudan Karya Besatari adalah penting sebagai pemangkin dalam usaha menharmonikan tuntuan agama dengan pegangan adat dan masyarakat.

KARYA BESTARI @ GRUP BUKU KARANGKRAF

Grup Buku Karangkraf dengan entiti dinamiknya Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari menerbitkan purata 20 judul buku pelbagai genre yang berkialiti setiap bulan. penerbitan ini selaras dengan misi kami untuk membina tamadun budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Karya Bestari @ Grup Buku Karangkraf yang mengkhususkan penerbitan berkonsepkan agama dan Islamik mensasarkan golongan pembaca yang merangkumi pelbagai peringkat golongan. Mudah-mudahan perkongsian ilmu ini dapat dimanafaatkan sebaiknya dan mendapat keredhaan Allah Azza Wa Jalla.

EMPAT genre terbaru Karya Bestari:

KAUTHAR – Siri motivasi Islamik yang mengajak kita berhijrah daripada kelemahan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik dan seterusnya yang terbaik. Pengisiannya diibaratkan bagai perlambangan kita sebagai seorang insan; sentiasa inginkan sinar iman di jiwa menghiasi diri dalam mencari kehidupan yang damai, suci dan abadi.

RAUDHAH - Siri panduan fiqh, akidah dan kepercayaan yang mengajak kita mengenal dan mencintai ALLAH dengan mata hati. Sebagai seorang hamba yang berpegang kepada Rukun Iman yang enam dan Rukun Islam yang lima, kita wajib melaksanakan perintah ALLAH sebaiknya dan meninggalkan segala larangan-NYA. Bukankah menunaikan segala ibadat itu adalah satu hubungan antara hamba dengan Khaliknya?

AD-DEEN - Siri perbandingan agama, kebudayaan, sejarah serta ketamadunan yang mengajak kita menyelami dengan lebih mendalam sisi unggul pencapaian rohani dan material umat Muhammad. Sesungguhnya Ad-Deen atau ditakrifkan sebagai agama menjadi asas kepada pembentukan roh islami yang akhirnya berjaya mencipta kecemerlangan sebenar, baik di dunia mahupun di akhirat.

SIRI SOAL JAWAB - Himpunan kemusykilan yang sering dihadapi oleh masyarakat masa kini. Setiap persoalan dileraikan secara telus dan penyampaiannya dilakukan secara berhemah tetapi berlandaskan tuntutan-NYA. Khusus buat mereka yang tidak berkesempatan untuk bertanya secara berhadapan, kami membawa anda terus bersama `pakar’ dalam bidang masing-masing.