Terhangat di Grup Buku
Karnival Karangkraf 2016
26/02/2016 - 28/02/2016
Jualan Gudang 2014
31/10/2014 - 02/11/2014
Lets Tour De Library
25/09/2014 - 25/09/2014
Pesta Buku Selangor 2014
29/08/2014 - 08/09/2014
Lets Tour De Library
27/08/2014 - 20/11/2014

KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN.BHD. adalah sebuah syarikat penerbitan yang terunggul pada masa ini. Setelah 33 tahun beroperasi, kini KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN BHD memiliki dan menguasai teknologi tinggi percetakan serta penerbitan buku, akhbar dan majalah tanah air.

Kejayaan KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF adalah atas usaha dan penggemblengan tenaga syarikat-syarikat bersekutu di bawah naungannya. Peranan syarikat-syarikat ini amat besar dan penting sekali. Kesemua syarikat bersekutu ini telah menyerlahkan profesionalisme dan memberikan sumbangan besar dalam mengukuhkan lagi organisasi ini dari semasa ke semasa.

Syarikat-syarikat bersekutu Kumpulan Media Karangkraf ialah:

Grup Buku Karangkraf adalah gabungan tiga anak syarikat penerbitan buku-buku dan novel-novel yang tersohor iaitu Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari. Setiap penerbit masih mengekalkan imprint masing-masing tetapi dari aspek, pengurusan, penerbitan, pemasaran dan juga penghantaran akan dikawal oleh pihak pengurusan Grup Buku Karangkraf untuk menjamin kualiti penerbitan pada tahap tertinggi. Grup ini menerbitkan pelbagai genre buku termasuk novel, buku pengetahuan umum, buku agama dan buku-buku lain mengikut minat pembaca.

Grup Majalah Karangkraf memberi tumpuan sebagai penerbit majalah Bahasa Melayu terbesar di Malaysia dengan 28 judul. Maka sebuah sistem perancangan yang komprehensif secara berterusan telah diformulasi untuk memastikan setiap produk yang diterbitkan mendapat perhatian dan sokongan sepenuhnya dari syarikat sekutu

Grup Sinar Karangkraf memberi fokus kepada penerbitan Akhbar Sinar Harian yang kini telah meliputi seluruh negeri-negeri di Semenanjung. Terdiri daripada lapan Edisi Sinar Harian - Edisi Kelantan, Edisi Terengganu, Eisi Pahang, Eisi Selangor & KL, Edisi Utara, Edisi Perak, Edisi Negeri Sembilan & Melaka dan yang terbaru Edisi Johor. Disebabkan operasi akhbar Sinar harian yang berkembang dengan pesatnya, maka koordinasi kerja adalah amat penting untuk menjamin mutu laporan berita yang terkini dari setiap negeri.

Grup Percetakan Ultimate adalah gabungan Ultimate Print Sdn Bhd dan juga Dasar Cetak Sdn Bhd. Pengabungan strategik ini adalah untuk memantapkan operasi percetakan untuk memenuhi permintaan dari Kumpulan Media Karangkraf dan juga syarikat-syarikat luar samada tempatan mahupun dari luar negara.

Grup Niaga Karangkraf merupakan anak syarikat yang akan menumpukan kepada usaha-usaha mempelbagaikan projek perniagaan samada di dalam mahupun luar negara. Diantara projek perniagaan yang berkembang dengan pesatnya adalah pusat memandu IMKL yang merupakan antara pusat memandu yang terbesar di Malaysia.

Berpegang pada matlamat ingin menjana pemikiran masyarakat, ALAF 21 yang merupakan salah satu jenama di bawah Grup Buku Karangkraf telah membuktikan bahawa industri perbukuan juga mampu menyumbang ke arah pembinaan minda rakyat Malaysia.