beriadah sambil menjalinkan ukhwah

Buat julung-julung kalinya, Grup Buku Karangkraf menganjurkan pertandingan boling antara staf seramai 150 orang. Kemeriahan pertandingan ini diadakan semalam di Pusat Beli-Belah AEON, Shah Alam. Kejohanan bukan sangat direbutkan tetapi lebih kepada acara santai beriadah sambil beramah mesra di antara staf setiap unit.

Mungkin selama ini, staf kurang mengenali antara satu sama lain, maka acara sebegini patut diadakan selain merapatkan ukhwah. Rata-ratanya seronok dan puas hati.

Pelbagai hadiah yang menarik dibawa pulang. Yang penting acara ini sangat meriah. Terima kasih kepada pihak penaja iaitu Fegos, Milux, Sunway Lagoon, Adabi, Yeos, Nestle, Ariani, Al Humaira dan AEON yang sudi menaja hadiah-hadiah yang sangat menarik.

Mungkinkah ada acara sebegini untuk tahun hadapan? Sama-sama kita nantikan.

 

Imprint