pakej kanak-kanak yang memukai jiwa

‘Buai laju-laju sampai cucur atap,
belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab’,

Di zaman serba canggih ini, kebolehan membaca dan mengira adalah satu keperluan untuk kanak-kanak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Membentuk minat membaca adalah sukar untuk kanak-kanak. Untuk memudahkan ibu bapa, kami menyediakan untuk anda Pakej special buku OMAR & HANA, DIDI & FRIENDS, CHICHI CHACHA, SUPERSQUAD, UMMI dan lain-lain bagi membimbing mereka.

Buku-buku ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik seperti suaikan, kenali perbezaan, tampal stiker, kira, ‘maze’ dan sebagainya selain daripada aktiviti menulis, mengira, melukis dan mewarna. Kesemuanya diberi potongan harga istimewa. Boleh rujuk pada poster yang kami tampilkan di sini. Pakej-pakej menarik yang tidak anda dapati di kedai-kedai buku biasa.

25 Oktober sehingga 3 November 2019 nanti, kami menjemput anda satu famili datang ke Jualan Gudang Karangkraf untuk menikmati diskaun dan pakej kanak-kanak istimewa yang kami sediakan ini. Di sini juga kami menyediakan ruangan KIDS ZONE untuk kanak-kanak. Kami akan ‘entertain’ anak-anak anda sebaiknya sementara ibu bapa boleh memilih buku-buku yang sesuai untuk dibaca.

Alhamdulillah, Hora Horey!

#BMF
#MalaysiaMembaca
#Ngeridenganhargaserendahini
#DiskaunYangMenakutkan
#jualangudangkarangkraf
#AmukkanBukuRM1

KALENDAR
Imprint