tak selangorlah, kalau tak pergi pesta buku selangor

Minum air dengan jamu
Makan roti dengan kaya
Buku ibarat lautan ilmu
Bangsa membaca bangsa berjaya

Berita baik untuk rakyat Selangor. Pesta Buku Selangor kini kembali lagi. Dianjurkan oleh PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR. Lebih 100 pempamer menyertainya tidak ketinggalan juga penyertaan daripada GRUP BUKU KARANGKRAF.

Dengan DISKAUN buku pada HARGA YANG TAK MASUK AKAL... PAKEJ KAW KAW... KOMPEM MERECIKK...

Buku dan novel terbaharu untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga termasuklah buku-buku 3D Augmented Reality seperti Didi & Friends, Omar & Hana, UMMI dan Supersquad. Buku-buku akademik seperti Fuiyooo Senangnya Belajar, buku latihan sekolah pun ada.

Terdapat juga buku Islamik & Al-Quran. Eksklusifnya kali ini kami bawakan Boardgame Islamik. Semuanya ada di PAVILION KARANGKRAF.

KALENDAR
Imprint