pergi covid-19! jangan datang lagi!
Penulis :Mohd Khairul Azman Bin Ismail
Kategori: KidsPrima
ISBN : 002
Halaman: 0
BERAT :0gram
RM 16

SINOPSIS

Tahun 2020 menjadi mimpi ngeri buat kita rakyat Malaysia. Bahana wabak Covid-19, ramai kanak-kanak tidak boleh ke sekolah untuk belajar, tidak boleh keluar bermain dengan kawan-kawan seperti biasa. Begitu juga dengan Afiq, seorang kanak-kanak naif yang tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi. Impaknya merentas seluruh dunia, ibarat meletusnya perang dunia ke-3, beribu-ribu manusia telah mati diserang musuh yang tidak nampak oleh mata.

Superman dan Spiderman pun tidak mampu mengatasi masalah ini. Dalam keadaan begini dia perlukan seorang adiwira yang sejati, menerangkan padanya apa sebenarnya yang terjadi.

Siapakah adiwira sebenar yang boleh menyelamatkan Malaysia?

Bagaimana kita dan Afiq boleh membantu menyelamatkan dunia?

Semuanya ada dalam buku cerita bergambar PERGI COVID-19! Jangan Datang Lagi!

KALENDAR
Imprint