haikal haziq
Penulis :Rosdell M.A
Kategori: Remaja
ISBN : 978-967-0535-24-1
Halaman: 212

RM 15

SINOPSIS
Serupa tapi tak sama. Itulah ungkapan paling tepat diberikan kepada kembar seiras, Haziq dan Haikal. Haikal abang sulung seorang yang cemerlang serba-serbi. Haziq pula sederhana sahaja pencapaiannya.

Pertandingan anjuran Jabatan Sains telah memberikan peluang kepada Haziq membuktikan yang dia juga berkebolehan sama seperti abangnya. Namun sesuatu yang pelik menjengah kampung halaman dan kawasan kajiannya. Kehadiran cahaya misteri pada suatu malam yang disaksikan Haziq telah mengundang pelbagai persoalan. Pelbagai perkara pelik berlaku sejak kehadiran cahaya itu. Haikal pula mula berubah. Dia mula menghilangkan diri pada waktu malam. Ke mana dan mengapa, tiada siapa yang tahu.

Flora dan fauna yang menjadi kajian Haziq di belantara sekitar kampungnya juga menunjukkan perubahan yang menghairankan. Rama-rama gergasi, ikan mutasi dan pelbagai spesies pelik yang tidak pernah dilihatnya muncul di sekitar kampungnya.

Apakah yang melanda kampung Haziq? Siapa Haikal sebenarnya?
Imprint