Alangkah bertuahnya generasi sahabat yang berpeluang bertentang mata
dengan Baginda, menghadam setiap butir nasihat yang keluar daripada bibir mulia
Rasulullah SAW. Bersama Baginda, segala pertelingkahan dan perbezaan pendapat
dapat diselesaikan, sehingga masyarakat Islam hidup dengan aman dan harmoni.
Malangnya, dalam masyarakat Muslim kini, kekhilafan dalam kalangan ilmuwan
Islam yang diharapkan memimpin umat,
sebaliknya menyemarakkan lagi api permusuhan sesama mereka. Akhirnya, tinggallah masyarakat Muslim larut
dalam kekeliruan dan percanggahan yang tidak
berkesudahan. Pelbagai pandangan dan ulasan tokoh-tokoh agama dan politik,
hanya menambahkan lagi kekusutan masyarakat, yang akhirnya menjauhkan diri daripada
Islam.Justeru, sudah masanya kita kembali semula kepada pandangan dan nasihat
Rasulullah SAW yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Memahami
khutbah-khutbah Rasulullah SAW dalam konteks dunia moden adalah sangat penting
bagi mengembalikan kepercayaan dan kebergantungan masyarakat kepada Rasulullah
SAW dan mematuhi panduan yang diberikan. Selain perbahasan hadis dalam kerangka
dunia kini, buku ini juga ditampilkan dalam susun atur yang moden, berwarna dan
mesra pembaca. Gambar fotografi, graf, gambar rajah dan malah ilustrasi dimuatkan dalam buku ini bagi
mengindahkan lagi penampilannya agar pembaca
dalam memahami khutbah-khutbah Rasulullah ini dengan mudah dan teruja meneladaninya.