projek seram muzium
Penulis :
Kategori: Seram
ISBN : 978-967-446-004-7
Halaman: 368
BERAT :0gram
RM 23

SINOPSIS

Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu?

“Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” / KAIN IBU SYAITAN

 

Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan itu.

“Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!” / CANANG ANISAH

 

Lawatan sekumpulan pelajar sekolah ke sebuah muzium semuanya kelihatan elok dan berjalan lancar. Tetapi kejadian histeria yang secara tiba-tiba berlaku di sekolah itu telah menyebabkan Yusuf berminat untuk membantu kerana dia tahu ada yang sedang menanti dirinya. Kejadian pembunuhan yang pernah berlaku belasan tahun yang lalu sengaja disembunyikan oleh pihak muzium tanpa siapa mengetahui alasannya. Keberanian Raisya untuk membantu Yusuf menyelesaikan misteri berakhir tragedi.

“Cinta terpasung, cinta berdarah.” / PASUNGAN

Imprint