siri detektif cilik zen : de mont dan kristal itali
Penulis :Liza Nur
Kategori: Remaja
ISBN : 978-967-446-015-0
Halaman: 208
BERAT :0gram
RM 15

SINOPSIS

Zen, pelajar tak popular yang bertubuh kecil dan anti-sosial. Zen dibesarkan oleh bapa saudaranya, Detektif Dollah yang digelar Pak Cik Troll kerana tubuh bapa saudaranya yang besar. Apabila Pak Cik Troll disuruh menyiasat tentang penjenayah antarabangsa, De Mont dan kristal yang cuba diseludupnya dari Itali, keadaan mula menjadi huru-hara. Zen yang memiliki memori fotografik dan IQ yang tinggi cuba membantu Pak Cik Troll menjejak De Mont. Apabila Pak Cik Troll cedera parah dan berada dalam keadaan koma selepas dibelasah, Zen tidak mempunyai pilihan selain meneruskan penyiasatan bapa saudaranya bersama Inspektor Hanif.

Zen dibantu oleh dua orang pelajar sekolahnya, Yusuf dan Joshua Tham yang merupakan seorang atlet sekolah dan budak nerd yang bijak IT. Mampukah Zen dan rakan-rakannya membantu Inspektor Hanif menjejak De Mont? Apa kena-mengena De Mont dengan Kapal Garibaldi? Ikuti kisah Zen dalam Siri Detektif Cilik
Zen untuk dapatkan jawapannya!

KALENDAR
Imprint