jodoh sebumbung
Penulis :Siti Hamidah Binti Ahmad
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-446-259-8
Halaman: 672
BERAT :0gram
RM 29

SINOPSIS

Kematian ibu dan ayah angkatnya memaksa Amsyar memikul tanggungjawab yang berat. Dia terpaksa membesarkan Elisha, anak yatim piatu. Sepanjang membesarkan Elisha, Amsyar merahsiakan bahawa mereka berdua sebenarnya bukan adik-beradik kandung. Amsyar bimbang, Elisha tidak mahu tinggal bersamanya lagi. Kerana Amsyar begitu menyayangi Elisha dan tidak sanggup untuk berpisah dengan Elisha.

Umar, iaitu sahabat Amsyar sering menasihati Amsyar agar menghalalkan hubungan mereka dengan perkahwinan. Sukar untuk Amsyar menerima Elisha sebagai isteri kerana memikirkan dendam ayahnya, Syed Mansor terhadap Elisha dan arwah ibu dan ayah angkatnya. Atas arahan Syed Mansor, Amsyar mula bersikap kasar dan menjadi kaki pukul. Dia sering menyakiti tubuh Elisha. Amsyar diugut, jika dia tidak membuatkan hidup Elisha merana, maka Syed Mansor sendiri yang akan menamatkan nyawa Elisha. Namun, dalam diam, Amsyar menyimpan perasaan cinta terhadap Elisha.

Adakah Elisha akan menjadi mangsa korban angkara dendam lama? Dapatkah Amsyar memiliki sekeping hati milik Elisha? Masih adakah kebahagiaan untuk Elisha?

“Dah banyak kali aku pesan pada kau, kalau aku ada, kau kena pakai tudung, pakai baju besar! Faham?” - Amsyar

“Sampai akhirat sekalipun, kau dan dia bukan adik-beradik kandung. Haram kau tinggal berdua-duaan dengan dia dalam satu rumah.” ~ Umar

“Abang Am pukul Elis sebab Elis minta untuk keluar dari rumah ni. Ni bukan kali pertama Abang Am pukul Elis.” ~ Elisha.

Imprint