koc 13
Penulis :Naim Tamdjis
Kategori: Seram
ISBN : 978-967-498-006-1
Halaman: 384
BERAT :0gram
RM 23
SINOPSIS

Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri.
 
Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.



Info:
Koc 13 merupakan novel kelima Naim Tamdjis. Kali ini penulis mempersembahkan konsep urban legend kepada pembaca seram yang meminati dan mengikuti karya beliau. Melalui konsep cover baharu bagi prolifik seram, kali ini penulis menampilkan kelainannya yang tersendiri di mana genre seram fantasi diketengahkan oleh beliau di dalam Koc 13.
 

Imprint