hasutan iblis
Penulis :Illya Abdullah
Kategori: Seram
ISBN : 978-967-498-059-7
Halaman: 368
BERAT :0gram
RM 23

SINOPSIS

Ada dalang di sebalik kes yang terungkai...

Baim seorang jurugambar bebas yang mempunyai keistimewaan melihat dan mengambil gambar makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dia digelar jurugambar hantu. Keistimewaan yang dimilikinya itu dianggap satu petaka. Dia kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam satu malam, angkara manusia yang menjadi hamba iblis. Inspektor Zaim menerima kes-kes misteri yang melibatkan ilmu mistik. Dia dibantu oleh Detektif Azhnita untuk mengendalikan kes-kes itu. Kesukaran menyelesaikan kes yang ditangani membuatkan dia mendapatkan bantuan Baim, sahabat baiknya yang juga merupakan bekas anggota polis. Setiap kes melibatkan dalang yang sama, iaitu lelaki yang diburu oleh Baim.

“Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing!” ~ BAIM

“Baim, jangan biarkan api dendam dan kemarahan kawal hati dan emosi kau.” ~ ZAIM

“Kau tak sanggup bunuh ayah kau? Bukankah dia mahu membunuh kau? Dia nak kau mati sebab kau menentang dia.” ~ IBLIS

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint