coklat, bunga & si cupid
Penulis :Zara Amani
Kategori: Novel
ISBN : 978-967-5489-38-9
Halaman: 640

RM 22.9

SINOPSIS
Tiga orang pemuda di hati membuatkan Amilia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bergaya mengisi kamar hati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segalanya. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Apatah lagi wajahnya yang semirip Haidi membuat dirina sentiasa dibuai asmara. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.

Haidi tersenyum melihat reaksi gadis itu sebelum meminta diri untuk beredar. Mata Rania tidak berkelip-kelip memandang pemuda itu. Hatinya masih tidak berhenti memuji makhluk ciptaan Tuhan yang paling kacak itu.

Hatinya menjerit saat memandang Rifdi yang berlagak selamba bagaikan tiada apa-apa yang pelik. Dia pula kini yang dihantui dengan seribu persoalan. Bagaimana pemuda ini boleh sampai ke sini? Siapa pula yang memandai-mandai memberitahunya?

Rania menjadi tidak keruan. Bayangan Haidi muncul dalam ingatan. Pantas dia menarik jari-jemarinya daripada genggaman pemuda itu lalu menyarungkan sarung tangannya semula. Bagai tidak mahu lagi disentuh pemuda itu. Apakah maknanya semua ini?
Imprint