“Bijak Zikrullah
menyediakan latihan yang interaktif untuk penguasaan makna bacaan zikrullah dan
wirid melalui aktiviti permainan bahasa.
Modul ini diolah
dalam bentuk yang lebih santai dan menyeronokkan agar dapat meningkatkan
kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan penyelesaian
masalah, selain membantu pembaca merangsang minat untuk menguasai zikir harian
dan bacaan wirid. Juga dapat membimbing seseorang untuk mendalami makna sesuatu
lafaz dengan lebih sempurna.
Istimewanya, naskhah ini dapat mendidik
masyarakat ke arah mencintai bahasa al-Quran dengan kaedah yang menyeronokkan,
santai dan menarik. Ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan generasi. “