Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h pernah berkata:
“Sekiranya engkau ingin mengetahui setulus mana tauhidmu kepada ALLAH, perhatikanlah pada doa-doamu.
Semakin teguh tauhid dan iman kita, semakin banyaklah doa kita dimakbulkan. Sebaliknya, semakin rosak tauhid dan semakin berkurang iman kita, semakin banyaklah doa-doa kita tidak diperkenankan. Justeru, amat penting kita memperbanyakkan doa kepada ALLAH untuk mengetahui di tahap mana kedudukan tauhid dan iman kita.
Buku ini merupakan himpunan doa daripada al-Quran dan hadis sahih yang boleh dijadikan zikir-zikir harian. Hidup kita ini memang tidak terlepas daripada doa. Kita amat memerlukan doa dalam semua urusan. Selain doa-doa umum dan khusus, buku ini juga menghimpunkan doa dan zikir untuk mengubati masalah gangguan sihir atau kejahatan jin.
Semoga doa-doa dan zikir yang diamalkan mampu menjadi ‘senjata’ dan ‘benteng’ diri dalam menghadapi musibah atau ujian ALLAH.
ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
- Adab Berzikir dan Berdoa
- Zikir dan Doa di Rumah
- Zikir-Zikir Pagi
- Zikir-zikir Petang
- Zikir Ibadat Solat
- Zikir Ibadat Puasa
- Zikir Ibadat Haji
- Doa-doa Umum
- Doa-doa Daripada Al-Quran
- Ruqyah (Rawatan Sihir dan Jin)