“Jin atau makhluk
halus tidak boleh dilihat tapi dapat dirasai. Jin yang bersifat datang dan
pergi ini sering membisikkan waswas dalam dada manusia. Sumpah iblis, “Aku akan
mengambil tempat menghalangi mereka dari jalan-MU yang lurus”. Kenyataan ini
wajar dibentengi sebaiknya agar kita tidak terpedaya oleh tipu daya syaitan dan
semoga kita termasuk dalam golongan orang yang bersyukur.”
GANGGUAN JIN - RAWATAN
& PENDINDING
ini dapat membantu kita memahami sifat, misi, visi, ikrar dan gerak saraf jin.
Sebagai insan, kita tidak terhindar daripada rasa dendam dan iri hati syaitan
yang sentiasa mencampakkan permusuhan sesama manusia. Oleh itu, kita wajib berusaha
menangkis apa jua gangguan sama ada pada jasad atau roh.
Dindingkanlah
jiwa dengan al-Quran kerana ia merupakan penawar dan penyembuh yang dapat
menyelesaikan apa jua komplikasi jiwa. Kalimahnya mampu memberi ketenangan yang
boleh menukarkan sifat manusia. Ubatilah hati yang rosak dan jiwa yang sakit.
Bentenglah diri dan kembali pada Rabbi.
Andai
tidak sihat, berubatlah. Perubatan moden adalah usaha yang terbaik. Namun, jika
sakit masih berterusan, beralihlah pada cara perubatan Islam. Ingatlah bahawa
kesakitan itu mainan hidup, berubat itu kewajipan dan penyembuhan itu hak
mutlak-NYA. DIA yang menurunkan penyakit, DIA juga yang memberi
penawarnya...
Antara yang Menarik:
Ikrar Syaitan
Kejadian Jin
Tanpa Sedar Kita Sakit
Rawatan Semasa Dirasuk
Taubat, Istiqamah dan Doa
Gangguan Jasmani dan Rohani
Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal
Setiap Penyakit Ada Penawarnya
Syarat dan Kaedah Penyembuhan
Jampi Mantera Menurut Syariat Islam