Alaf 21
Buku Prima
Karya Bestari
Buku Pojok
Portal Ilham
SENARAI Buku
Alaf 21
Buku Prima
Karya Bestari
Buku Pojok
Adaptasi
Artikel
Buletin & Aktiviti
Beli Buku
MALL
EMALL
Manuskrip
Alaf21
Buku Prima
Tentang Kami
Pengenalan
Hubungi Kami
Katalog
Alaf 21
Buku Prima
Karya Bestari
Buku Pojok
Portal Ilham
100 jejak peribadi rasulullah
Penulis :
Muhd Nasruddin Dasuki
Kategori:
Buku
ISBN :
978-967-86-0411-6
Halaman:
348
BERAT :350
gram
RM
19.9
SINOPSIS
Soalan:
Pepatah ada mengatakan, “kerana mulut badan binasa.” Adakah pepatah ini ada kaitan dengan menjaga lidah? Benarkah dikatakan lidah itu punca segala kejahatan?
Jawapan:
Orang yang sempurna imannya akan sentiasa maafkan dan berdiam diri daripada menyakiti hati orang lain. Apabila kita tidak menyakiti hati orang lain, maka orang lain juga akan bersikap sama seperti kita. Tetapi jika ada yang menyakiti hati kita, itu bererti hatinya bermasalah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh bukhari, “barang siapa yang beriman kepada allah, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”
Apabila memperkatakan mengenai melukai atau menyakiti hati orang lain, ia sebenarnya mempunyai hubungkait dengan peranan lidah. Kata orang, ketajaman lidah untuk menyakitkan hati itu lebih bisa daripada ketajaman mata pedang. Ketajaman lidah tidak perlu diasah tetapi ia bermula daripada hati yang kotor.
Ramai orang menerima kesan buruk kerana tidak mampu menjaga lidahnya, tetapi ramai juga yang menjadi mulia kerana hanya kerana lidah. Orang yang seumpama ini mampu mengawal imannya daripada dirosakkan oleh hati. Banyak akibat yang dapat kita lihat dalam kehidupan apabila tidak mampu mengawal lidah. Misalnya berlaku pertengkaran, pembunuhan, fitnah, penipuan dan seumpamanya sehingga dapat merosakkan hubungan persaudaraan yang terbina sekian lama. Itulah yang dikatakan bahaya lidah lebih bisa daripada mata pedang.
Mungkin ramai di antara kita tidak sedar apabila lidah menjadi punca ramai manusia terlepas peluang memasuki syurga. Kisah yang diceritakan ini sudah tentu menjadi iktibar untuk direnungkan.
Pada satu ketika sayidina umar al-khatab mengunjungi rumah sayidina abu bakar. Ketika sayidina umar sampai di rumah sayidina abu bakar, dia melihat abu bakar sedang menarik-narik lidahnya dengan tangan.
Sayidina umar terkejut dan hairan lalu bertanya, “apakah yang sedang kamu lakukan wahai abu bakar? Semoga allah mengampuni kesalahanmu.”
Sayidina abu bakar segera menjawab, katanya, “inilah yang akan menjadi punca aku ke neraka.” Abu bakar merujuk kepada lidahnya.
Sehubungan itulah rasulullah saw selalu berpesan kepada umatnya supaya sentiasa menjaga perkataan (lidah) dengan tidak menuturkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Imam bukhari merekodkan dalam satu hadis, katanya.
Barang siapa yang dapat menjamin untukku apa yang ada di antara dua dagunya (lisan) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku menjamin syurga untuknya.
Allah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian. Diberinya lidah supaya memberi manfaat kepada orang lain dengan bertutur perkara kebaikan. Namun, hari ini kita sering menyalahgunakannya dengan mengumpat, memfitnah, mengeji, menyakiti hati dan banyak lagi perbuatan yang mengundang dosa tanpa disedari. Percayalah... Perbuatan tersebut tidak akan mendatangkan apa-apa makna andai ia sudah sebati dengan jiwa. Nauzubillah!
Imam al-ghazali dalam buku ihya’ ulummidin menegaskan, bahaya kata-kata atau lisan menjadi racun pertama hati yang akan menyebabkan manusia semakin jauh daripada cahaya hidayah. Akibat tidak menjaga lidah, manusia akan berkata apa sahaja tanpa memikirkan apakah yang dituturkan itu bermanfaat kepada orang lain atau tidak.
Akhlak manusia beriman dan yang tidak beriman dapat dilihat daripada percakapannya. Orang beriman lazimnya akan bercakap tentang perkara yang membawa kebaikan dan memberi manfaat seperti berzikir dan mengingati allah. Manakala orang yang tidak beriman, tidak mungkin mampu mengawal lidahnya.
Lidah yang tidak dikawal akan menjadikan pemiliknya memiliki jumlah dosa yang tidak terkira banyaknya kerana lidahlah punca segala kejahatan. Rasulullah saw sekali lagi mengingatkan umatnya betapa bahayanya jika fungsi mulut disalahguna. Katanya, “bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya (mulutnya)?”
MESTI BACA
sila baca jangan tidur
biografi 99 ulama dunia
malaikat malik a.s : penjaga neraka
solat biar sempurna
kemusykilan remaja 300 soal jawab
sepatu hijrah
jadi muslim super hebat
kita tenggelam dalam nafsu
BUKU-BUKU LAIN
nyanyian syahdu
kompilasi hidangan mudah
rindu yang pergi
resipi kenduri kahwin
bikin sama dia
kasih yang suci
wow! 100 aktiviti siri 2 - pilih, kira, warna & lukis
rengsa
Buku
Artikel
Aktiviti
KALENDAR
buku sekolah y (year) e (end) s (sale) 2020
01 Oktober 2020-31 Disember 2020
pesta buku online karangkraf 2020
27 Mac 2020-05 April 2020
pesta buku digital emall karangkraf
27 Mac 2020-05 April 2020
NEWSLETTER
contact-gpsbestari.csv
Saya telah memahami dan bersetuju dengan
Polisi Data Peribadi.
.
X
Grup Buku Karangkraf
Imprint