pintar al-quran
Penulis :Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0418-5
Halaman: 208
BERAT :150gram
RM 21

SINOPSIS

Hari ini, banyak teknik yang diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran sebagai perkara yang seronok untuk didalami. Buku tajwid misalnya, menjadi nilai tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan betul. Namun, sejauh mana kaedah tersebut dapat mengajak masyarakat untuk memahami bahasa al-Quran?

PINTAR AL-QURAN dihasilkanuntuk mencapai tujuan tersebut melalui kedah berkesan. Di mana, beberapa perkataan di dalam al-Quran dipilih daripada mana-mana surah dan diterjemahkan ke dalam bentuk permainan. Objektif buku ini ialah untuk merangsang masyarakat agar lebih mendekati al-Quran.

Modul ini juga diolah dalam bentuk fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan, selain dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan menyelesaikan masalah.

Buku ini membuatkan anda mampu:

- Merangsang minat untuk lebih mendalami al-Quran

- Memahami al-Quran dalam bentuk unik dan berkesan

- Meningkatkan daya ingatan dan kekuatan memori

- Mengingati makna perkataan dalam al-Quran

- Mempelajari teknik menyelesaikan masalah

Kata-kata sokongan untuk buku:

“Sudah sekian lama saya mencari kaedah untuk mempelajari bahasa al-Quran sehinggalah saya menemui cara efektif untuk mendalaminya. Ya... melalui permainan. Pada saya, caranya lebih santai, mudah dan menarik. Ia juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan ini dapat mendidik masayarakat ke arah generasi cinta al-Quran.” -Mohammad Nazir Mohammed Khalid.

Imprint