Duhai anak… tidak akan ada dirimu di dunia ini tanpa
ayah ibu. Walaupun pernah ditatang bagai minyak yang penuh,
namun tidak semua kata-kata mereka diturutimu. Apabila
mereka semakin berusia, balaslah jasa keduanya dengan memberikan sepenuh
perhatian dan bantuan. Jagai hati mereka dengan ketulusan serta kesabaran. Adakah dirimu mahu dianggap anak derhaka
walaupun hanya dengan ungkapan ‘ah’?
Wahai ayah ibu… jagalah ‘amanah’ ini dengan sebaik-baiknya. Terapkan didikan
duniawi dan ukhrawi agar mereka menjadi hamba yang bertakwa. Pasti
pengorbananmu akan diganjari di dunia dan akhirat. Bimbinglah dengan keikhlasan
bukan keterpaksaan. Moga pemergianmu nanti akan ditangisi, ketiadaanmu
dirindui. Sesungguhnya doa anak yang soleh menjadi bekalanmu di alam abadi.
DEMI REDHA IBU BAPA mengajak kita bermuhasabah untuk
memperbaiki kekhilafan dan kealpaan diri dalam mendidik permata hati. Tunaikan
tanggungjawab masing-masing agar ayah ibu dan anak-anak saling menghormati,
menghargai lagi diberkati. Usah mudah mengalah dengan ujian kerana itulah tanda
kecintaan-NYA buat hamba yang dikasihi.
Antara
kandungan menarik:
·
Checklist Ibu Bapa
·
Remaja vs Ibu Bapa
·
Bicara Cinta Anak Muda
·
Ledakan Cinta Songsang
·
Nasihat Luqmanul Hakim
·
Kasihi Anak Melalui Solat
·
Kaedah Terbaik Mendidik
·
Kenapa Anak Kami Nakal?
·
Ayuh, Semak Punca Rezeki Kita!
·
Hati Anak Remaja – Apa Mahunya?