Setiap hari kita menggunakan wang
untuk jual beli produk ataupun membayar perkhidmatan. Namun bagaimana
pengurusan tersebut dijalankan, itulah yang perlu dititikberatkan. Kewajipan
kita dengan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan
perlu menepati piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita
mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada
penyelewengan dan menghormati hak orang lain.
Kewangan
Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam
pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur
sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan
dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih
halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.
Antara
kandungan menarik:
·
Jual
Beli
·
Kad
Kredit
·
Akad
& Kontrak
·
Riba
& Urus Niaga Lain
·
Keuntungan
Dalam Islam
·
Hukum
Penetapan Harga
·
Keistimewaan
Ekonomi Islam
·
Pekerjaan
& Pencarian Rezeki
·
Hukum
Kontrak Kontemporari
Keuntungan Yang Diharamkan