Membongkar rahsia jadi ‘jutawan
akhirat’
melalui sedekah, infak, derma
atau zakat. Segalanya,
demi menyubur iman, mencambah rezeki!
Semua manusia mahu kaya. Bahkan, tiada
siapa yang menolak apabila dihulur wang, emas, rumah atau kenderaan. Semuanya
ada nilai tersendiri waima kecil atau besar. Hakikatnya, manusia dan harta merupakan
magnet yang cukup kuat. Kerana harta, manusia menjadi maju walau ada waktunya
menjadi jahat. Dengan harta juga, manusia tidak pernah berasa puas.
Tahukah anda, hari
ini ramai yang lalai dengan ‘tawaran’ ALLAH SWT untuk menjadi kaya. Kebanyakannya
melihat harta sebagai simbol kemewahan. Lantas, bagaimana dengan sedekah,
infak, jariah, zakat atau derma? Tidakkah mereka tahu bahawa perkara itu juga
menjadi sumber menjemput rezeki untuk kekayaan berlipat kali ganda?
HARTA DUNIA
SAHAM AKHIRAT, berkongsi rahsia ‘bisnes akhirat’ yang menguntungkan. Usah
khuatir kerana semua tip yang diberi bukan rekaan. Sudah terbukti, ia berhasil!
Jadikan buku ini sebagai bantuan untuk mengaut kemewahan. Pasti anda menjadi
insan ‘terkaya’ di akhirat kelak. Percayalah!