Kita bukanlah insan
istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling
sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku
kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. Ya… tanpa sedar kita tewas dalam telahan sendiri. Lalu, segala
teguran diabai dan nasihat dianggap dusta. ALLAH… siapa kita untuk berasa hebat?
Kita hanya insan kerdil yang mengharap maghfirah Ilahi jua.
Lupakah kita bahawa hanya
ALLAH tempat sandaran? Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju? ALLAH
itu dekat. Tidak pernah menjauh. Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati
saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita
dalam mendidik hati dan jiwa. Pasti… kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah…
Cukup hanya DIA di hati.