Setiap pemimpin dilahirkan sebagai
pemimpin. Rasulullah SAW berkata, “Setiap kamu adalah
pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.”
–Riwayat Bukhari dan Muslim
Untuk menjadi pemimpin hebat, tidak cukup
hanya tahu memberi arahan sahaja. Malah, perlu bijak memberi keadilan,
kesamarataan, kebebasan dan ketelusan kepada apa yang dipimpin. Maka, daripada
situlah Rasulullah SAW telah dijadikan ikon sebagai pemimpin agung oleh seluruh
umat manusia sehingga negara barat sendiri mengakui mengenainya.
Namun hari ini, berapa ramai ketua, bos,
suami atau sesiapa sahaja yang selayaknya digelar pemimpin mengikut jejak
langkah Rasulullah SAW membimbing ‘orang bawah’ selaras dengan syariat ALLAH
SWT?
Menyedari hakikat itu, naskhah JADI
PEMIMPIN HEBAT ini telah dihasilkan. Di dalamnya terkandung 1001 tip, kaedah,
formula dan rahsia menjadi pemimpin yang selaras dengan acuan Rasulullah SAW.
Istimewanya, naskhah ini sesuai untuk PELAJAR, IBU BAPA, GURU, PEMIMPIN
POLITIK, MASYARAKAT, USAHAWAN dan KETUA
NEGARA demi menjadi pemimpin sukses duniawi ukhrawi!