Alangkah indahnya jika gelaran wanita muslimah
itu adalah kita. Cantiknya kita kerana akhlak, moleknya kita kerana budi.
Eloknya kita kerana pegangan. Tetapi sifat itu tidak hadir sendiri kecuali
dengan usaha dan kemahuan. Pasti juga tidak mudah dan banyak onak yang perlu
ditempuh sebelum mengecap manisnya menjadi wanita solehah.
Realitinya, Rasulullah SAW sendiri telah
mengangkat martabat wanita ke darjat paling mulia sejak dahulu hingga kini.
Lihatlah, bagaimana akhlak Aisyah r.a, Khadijah r.a, Fatimah r.a dan lain-lain
wanita di bawah jagaan baginda. Indah bukan? Apa pula formula baginda mendidik
mereka sehingga menjadi penghuni syurga abadi itu?
Rahsianya ada dalam naskhah 100 Wasiat
Rasulullah Kepada Wanita ini. Baca dan pratikkan pesananbaginda ini yang merangkumi seluruh
kehidupan kaum wanita bermula daripada peringkat anak-anak, remaja,
gadis, isteri sekali gus para ibu. Pasti, ia akan merubah kita menjadi bidadari dunia yang disegani.