Wahai isteri… pujuklah hati,
rawatlah rasa meskipun layanan suami terhadap diri tidak sehebat Rasulullah SAW
menyantuni para isterinya. Berbahagia dan bersyukurlah kerana masih ada suami
sebaik baginda untuk dijadikan idola berbanding ada wanita yang menanti jodoh,
tetapi belum bertemu.
Wahai suami… risiklah lantunan hati
kecil isteri. Dambaan nafasmu bak hembusan bayu yang membawa pergi lara isteri
yang kekeringan kasih, senda gurau dan belaian kasih. Contohilah baginda tika
menyantuni isteri kerana isterilah ladang pahalamu!
Santuni Isterimu Sehebat Rasulullah merupakan mesej pengharapan para
isteri terhadap suami. Dipaparkan juga cara santunan dan kisah-kisah menarik
baginda dalam menjadikan syurga rumah tangga. Jadikan ia sebagai pedoman buat
kaum Adam dan juga Hawa.
Antara kandungan menarik:
- Suami, Jangan Kedekut!
- Isteri, Jangan Ambil
Kesempatan!
- Cemburu Beriman
- Seni Menegur Isteri
- “Sayang, abang nak kahwin lagi”
- Layani Isteri 1st
Class
- Romantik Cara Rasulullah
- Rahsia Perkahwinan Baginda
- Isteri Berhias Suami Selekeh