Pemergian setahun Ammar meninggalkan
kesan mendalam kepada setiap jiwa yang mengenalinya. Fenomena syahidnya pemuda
berwawasan ummatik ini mampu menghidupkan hati-hati yang lalai atau telah
‘mati’ dek Hakikatnya Ammar menjadi bayangan kepada mereka yang mahu
berhijrah daripada seseorang yang baik kepada yang luar biasa. Dan realiti itu
terlaksana kepada mereka yang mendambakan sebuah kehidupan tenang berteraskan
al-Quran dan sunnah serta berpaksikan akhirat.
Ammar, dia hanya 'hilang' daripada
pandangan, namun semangat dan perjuangannya tetap hidup! Inilah pemuda di bawah
payung Hijrah.
Sebuah naskhah istimewa buat mereka
yang sedang menelusuri lorong cahaya dalam kehidupan serta mendambakan
pengakhiran yang husnul khotimah.