Buku Kenapa Rezeki Tak Murah? akan
menjawab banyak lagi persoalan yang sering kita dengar. Memahami intipati yang dibincangkan
di samping muhasabah diri apabila rezeki menjadi isu utama yang dikupas dalam
buku ini. Ia juga boleh dijadikan checklist untuk kita menyemak tindakan yang
perlu diambil dan diperbaiki atau yang belum dilakukan dalam mencari rezeki
yang halal.
Walaupun rezeki datang dalam
pelbagai cara sama ada dengan nikmat atau ujian, namun kita perlu yakin bahawa
ALLAH Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal
kerana rezeki-NYA sangat luas. Biarlah sedikit tetapi berkat. Yang penting
jangan lupa bersyukur!