IMAM SYAFIE, satu nama yang tidak
asing lagi kepada umat Islam dunia hari ini. Beliau terkenal sebagai seorang
yang paling alim pada zamannya tentang makna-makna al-Quran, dan dianggap sebagai
seorang manusia yang paling tahu tentang isi al-Quran dan sunnah Rasulullah
SAW. Sebelum wafatnya, beliau ada meninggalkan nasihat dan wasiat yang sangat
agung dan penuh hikmah kepada umat Islam agar ia boleh dijadikan sebagai
perisai dalam kehidupan.
Kelahiran naskhah “Mutiara
Nasihat Imam Syafi e” adalah atas kesedaran untuk memperbanyakkan bahan bacaan
yang bernafaskan Islam yang dapat dimanfaatkan ke arah pengilmuan ummah secara
keseluruhannya. Buku ini memberi fokus pada pesanan-pesanan kerohanian Imam
Syafi e. Dimensi kerohanian ini dipilih kerana ia jarang disorot oleh
penulis-penulis lain.
Wasiat dan pesanan yang
ditinggalkannya itu bukan sekadar kata-kata biasa yang keluar daripada
pemikiran semata-mata. Tetapi ia hasil daripada renungan dari hati budinya yang
tinggi, dibimbing oleh petunjuk Ilahi serta suluhan nabawi.