Mengetahui ilmu Fadail Amal adalah satu perkara yang penting
dalam Islam. Ini kerana dengan mengetahui kelebihan atau ganjaran bagi sesuatu
amal perbuatan, manusia terdorong untuk melaksanakan suruhan Allah SWT dan
meninggalkan setiap larangan-NYA. Sebaliknya, jika kita tidak mengetahui akan
ilmu ini maka ia menyebabkan lahirnya generasi yang hanya akan tahu hukum hakam
dalam islam tetapi malas serta tidak mahu untuk beramal dengannya.