Ada waktu terasa kelamnya masa depan di dunia dan gelapnya
masa depan di akhirat dek timbunan dosa yang dibuat oleh diri kita. Namun ada
satu rasa di dalam jiwa, meyakini bahawa pengampunan ALLAH SWT lebih besar
daripada segala dosa yang ada di dunia. ALLAH SWT bertitah, DIA Maha Mengampuni
dan menjanjikan syurga bagi yang beriman dan berusaha atas imannya. Dan
syurga, adalah antara tempat kerinduan bagi seluruh manusia.
Tika terasa berat di dunia, berasakan langit menghempap
lambung dan bumi menghimpit perut, adukanlah semuanya kepada Allah. Kita di
sini tidak lama, bahkan akan kembali jua ke kampung abadi iaitu syurga yang
abadi.