Setelah mengembara ke lebih empat negara untuk mengetahui bagaimana
proses coklat dan brownies dihasilkan, akhirnya saya bertemu perihal dunia
manisan ini di sebuah perkampungan di India. Pelbagai persoalan ditanya untuk
mengetahui bagaimana coklat boleh menghasilkan brownies dan bagaimana ia boleh
dimasak dengan beberapa elemen lain hingga menjadikannya Brownies Paling Agung.
Hampir setiap hari saya muat naik status memasak resipi ini di Facebook,
hingga ke tahap dikenali sebagai Bapa Brownies Kebangsaan. Hari ini ia
menguatkannya lagi dengan naskhah Brownies Paling Agung. Ada 30 resipi brownies
yang boleh buat kau orang makan sampai pengsan.
MENGAPA
BUKU BROWNIES PALING AGUNG WAJIB DIMILIKI!
-
Brownies digemari ramai oleh seluruh
masyarakat tidak mengira usia dan bangsa.
-
Brownies kini menjadi semakin popular.
Selain menjadi hidangan sampingan keluarga, ia turut menjadi hadiah hari jadi,
hantaran pertunangan, cenderahati perkahwinan dan sebagainya.
-
Buku ini mengandungi 30 resipi brownies.
Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix
Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain.
-
Penggunaan bahan-bahan yang cukup mudah
didapati. Selain penerangan cara membuat yang sangat jelas dan simple mengikut
turutan.
-
Pembuatan brownies kini telah menjadi
trend bisnes untuk dikomersilkan sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Selain
dijual di kedai, brownies juga menjadi pilihan sebagai cenderahati tetamu dalam
banyak majlis keramaian.
-
Selain perkongsian resipi buku ini juga
mengandungi pelbagai info & tip seperti: Pengenalan kepada jenis-jenis
coklat, kekacang, tepung dan sebagainya. Terdapat juga petua yang dikongsikan.
-
Harga tidak mahal. Mampu milik.