syurga bukan percuma
Penulis :Ustaz Abdullah Khairi
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0946-3
Halaman: 280
BERAT :0gram
RM 28

SINOPSIS

Syurga bukannya murah dan syurga bukannya mudah. Ia mahal semahal namanya. Jika kita bukannya seorang Mukmin, kita hanya mampu bermimpi di siang hari untuk masuk ke dalamnya. Nak jadi penghuni syurga, perlukan pengorbanan yang tinggi. Perlu diuji terlebih dahulu. Sebab itulah jika kita hanya bersenang-lenang di dunia, adakah Syurga itu layak untuk kita?

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Kesenangan dan kebahagiaan di dunia hanyalah sementara manakala kesenangan di akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara.

Buku ini memberikan kita guideline untuk menjadi seorang mukmin yang diredhai Tuhan. Ada banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Ada banyak ilmu dan amalan yang boleh kita amalkan supaya kita tidak tersesat memilih jalan yang betul ke syurga.

Pesan Rasulullah SAW “Jalan ke Syurga itu dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.”

Dua jalan terbentang di depan kita. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman – bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

KALENDAR

NEWSLETTER

Imprint